Monday, November 8, 2010

Antara DUIT dan KEBAHAGIAAN mana yang lebih PENTING?

kebahagiaan adalah sebuah perjalanan bukan tujuan
adakah kebahagiaan boleh dikecapi tanpa duit?
sama-sama kita fikirkan..

duit yang banyak..
adakah ianya akan menjamin kebahagiaan?



Sunday, November 7, 2010

Jangan..kerana kita akan mati akhirnya..

Jangan bangga sangat dengan pakaian CANTIK & MAHAL,
kerana pakaian terakhir kita nanti adalah KAIN KAPAN..

Jangan bangga dan ACTION sangat dengan KENDERAAN mewah,
kerana kenderaan terakhir kita nanti adalah VAN JENAZAH dan PAPAN KERANDA..

Janganlah teralu seronok dengan tempat tidur yang EMPUK dan NYAMAN,
kerana tempat tidur terakhir kita nanti adalah LIANG LAHAD..

Janganlah kita EGO dan bongkak kerana mampu memiliki RUMAH MEWAH seperti istana,
kerana rumah terakhir kita nanti adalah KUBUR..

Janganlah terlalu megah dengan PANGKAT dan DARJAT,
kerana gelaran kita terakhir nanti adalah AL-MARHUM..

Janganlah kita terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang CANTIK atau KACAK,
kerana rupa wajah kita terakhir nanti cuma TENGKORAK..


Tuesday, June 15, 2010

SURAT ADAM UNTUK HAWA



Wahai sahabat Muslimat Sekalian,

Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……


SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini.
Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?


Wednesday, March 31, 2010

Doa Seorang Kekasih



ini adalah doa NABI SULAIMAN...

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Sunday, March 14, 2010

Doa Senjata Mukmin


Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina.


(Surah Al-Mukmin ayat:60)

Berdoa merupakan suatu ibadah, bahkan menjadi otaknya ibadah. Kenapa doa menjadi otaknya ibadah? Kerana, dengan berdoa jelas sekali memperlihatkan penghambaan manusia kepada Allah. Dengan berdoa kepada Allah, maka terwujudlah: Allah, tempat meminta, tempat memohon, sedang si hamba adalah makhluk yang hina dan selalu dalam kekurangan.

Kerana suatu ibadah, maka berdoa sangatlah dianjurkan (diperintahkan) oleh agama, walaupun doa tidak memerlukan suatu syarat dan rukun yang ketat, seperti halnya ibadah shalat, zakat, dan puasa.


Begitulah firman Allah kepada hambanya,tapi tahukah kita bahawa ada sepuluh sebab kenapa doa itu di tolak menurut ahli sufi antara sebab-sebabnya ialah;


Saturday, March 6, 2010

...PERCINTAAN YANG PALING ROMANTIK...


ADAM &  HAWA

Kita hidup kerana-Nya melalui satu ‘peristiwa’ yg sama…

“Syurga yang serba nikmat…Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).
Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya. Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri? Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan…bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam.

Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

Wednesday, March 3, 2010

SAHABAT SEJATI SENTIASA DIHATI




Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua




renungkan....

Syeikh Ibnu Athaillah mengatakan: "Bukanlah sahabatmu, kecuali orang rela bersahabat denganmu sedangkan dia telah mengetahui celamu. Dan tidaklah yang demikian itu (engkau dapati di kalangan manusia) kecuali Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Sebaik-baik teman yang engkau pergauli adalah orang yang memperhatikan kepentinganmu, bukan kerana sesuatu kepentingan yang diharapkannya daripadamu untuk dirinya

Monday, March 1, 2010

AKU, DIA DAN COKLAT

                   ermmm...sedapnye...my favourite coklat..

Coklat?? Tahukah anda tentang coklat…msti la tau kan…memang sedap dan lazat lemak berkrim. disebalik rasa keenakan coklat yang lazat tersingkap satu cerita misteri antara aku, dia dan coklat.
Nak dijadikan cerita…aku mmg tak suka mkan coklat…huhu.. mcm tak percaya je kan..tapi tulah realitinya…ntah la aku pun tak tau nape aku tak suke? Mungkin coklat mengandungi susu walaupun sedikit… tapi aku tetap tak suka ..ak tak suke minum susu…eiii x sedap…suatu hari ketika berada di tingkatan 5 sorang clasmate yg merupakan kawan sebilik dengan pengirim misteri coklat ini dalam menyampaikan sekeping coklat.. “malihah, nah ambil ni.. ade budak bagi"…aku hanya mampu tersenyum..terkjut pun ade jugak…tp aku dpt cam sape yang bg..hihi..mcm tak caye je die bagi coklat kat aku..die bg ak sekeping coklat van haouten yang besar …tp sp nama pengirim coklat misteri ini ..hehehe satu misteri…

Saturday, February 27, 2010

10 SIFAT LELAKI IDAMAN



1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna




1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

Tuesday, February 23, 2010

Tiga Tahapan Bayi Dalam Rahim

Dalam ayat ke-6 surat Az Zumar, disebutkan bahwa manusia diciptakan dalam rahim ibu dalam tiga kegelapan. Embriologi modern telah mengungkap bahwa perkembangan ebriologi bayi terjadi pada tiga daerah yang berbeda dalam rahim ibu.

Dalam Al Qur'an dipaparkan bahwa manusia diciptakan melalui tiga tahapan dalam rahim ibunya.

"... Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?" (Al Qur'an, 39:6)
Sebagaimana yang akan difahami, dalam ayat ini ditunjukkan bahwa seorang manusia diciptakan dalam tubuh ibunya dalam tiga tahapan yang berbeda. Sungguh, biologi modern telah mengungkap bahwa pembentukan embrio pada bayi terjadi dalam tiga tempat yang berbeda dalam rahim ibu. Sekarang, di semua buku pelajaran embriologi yang dipakai di berbagai fakultas kedokteran, hal ini dijadikan sebagai pengetahuan dasar. Misalnya, dalam buku Basic Human Embryology, sebuah buku referensi utama dalam bidang embriologi, fakta ini diuraikan sebagai berikut:

"Kehidupan dalam rahim memiliki tiga tahapan: pre-embrionik; dua setengah minggu pertama, embrionik; sampai akhir minggu ke delapan, dan janin; dari minggu ke delapan sampai kelahiran." (Williams P., Basic Human Embryology, 3. edition, 1984, s. 64.)

Monday, February 22, 2010

Petunjuk daripada Nuzul al-Quran

PERISTIWA Nuzul al-Quran adalah antara perkara penting yang harus diingat dan direnung oleh setiap Muslim. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad saw.

Bermula dengan peristiwa inilah, zaman jahiliah yang diliputi kegelapan disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah kepada bertuhankan Allah yang Esa.

Dalam erti kata lain, peristiwa Nuzul al-Quran menjana perubahan dan membina peradaban umat.

Allah berfirman dalam surah al-Anbia, ayat 108, bermaksud: "Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam."

Mafhum daripada ayat ini menjelaskan bahawa, melalui utusan Nabi Muhammad yang diangkat oleh Allah sebagai Rasul, Baginda menjadi rahmat bagi seluruh alam kerana membawa petunjuk (al-Quran) yang memandu manusia ke jalan yang selamat dan sejahtera.

Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’.


Sunday, February 21, 2010

Surah Yasin adalah Hati AL-Quran..renungkan...


RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya

KeHeBaTaN aL-qUrAn




Kalau kita membaca dan menelusuri surah Al-Baqarah, di pembuka surah tersebut, akan di dapatkan sebuah statement Allah bahwa di dalam Al-Qur'an tidak ada satu ayat pun yang patut diragukan kebenaran dan otentisitasnya. Kemudian, di ayat-ayat berikutnya, Allah mengklasifikasi manusia dari dimensi teologi menjadi tiga jenis: Mu'min, Kafir, dan Munafik.

Setelah membagi dan menggolongkan jenis manusia, masih di awal surah tersebut, Allah menguatkan masing-masing pengertian di atas dengan mensugesti hati nurani manusia -agar terbuka menerima kebenaran- dengan ayat-ayat yang argumentatif, bukan sekedar stimulatif. Pendekatan yang digunakan sangat jelas dan tegas, sehingga diharapkan keyakinan dan iman manusia bertambah kuat dan kokoh. Setelah bukti-bukti naluriah, Allah menguatkan iman manusia dengan bukti-bukti teoritik.

"Dan jika kalian tetap dalam keraguan tentang Al-Qur'an yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surah (saja) yang semisal Al-Qur'an itu, dan ajaklah saksi-saksimu selain Allah, jika kalian memang orang-orang yang benar" (QS. 2:23).

Allah tidak pernah memaksa manusia. Islam datang untuk membebaskan akal manusia dari belenggu sistem yang ada. Islam memberi cahaya pelita agar akal mampu melihat nilai baik atau buruk.

Oleh karena itu, untuk meyakinkan eksistensi kemukjizatan Al-Qur'an, Allah menggunakan variasi-variasi pendekatan sebagai berikut:

 Mula-mula meyakinkan mereka yang meragukan Al-Qur'an. Pada tahap ini, Allah menantang mereka agar dapat menunjukkan sebuah 'duplikat' Kitab yang menyamai Al-Qur'an. Boleh dibantu unsur manusia dan jin (QS. 17:88).

 Ketika mereka masih beranggapan Muhammad yang membuat Al-Qur'an dan meyakini tesisnya itu benar, sementara mereka tidak bisa membuat yang semisal, maka -dengan bijak- Allah menurunkan standar permintaan kepada mereka untuk mendatangkan sepuluh surah saja yang mereka buat dan mampu menyamai Al-Qur'an, sekalipun dibantu oleh para sastrawan handal. (QS. 11:13).

 Bahkan, ketika mereka tidak mampu membuat sepuluh surat, dan masih tidak meyakini kebenarannya, Allah mempersilahkan mereka membuat satu surah saja, walau pun dibantu oleh para pemimpin terkemuka. (QS. 2:23).

 Sebagai statement terakhir, setelah ternyata mereka terbukti tidak mampu, Allah memberikan peringatan secara keras, bahwa mereka harus tunduk, atau neraka yang berbahan bakar orang kafir itu sebagai tempat semayamnya.Biasanya, apabila Allah swt sampai membuat statemen yang disertai dengan ancaman, berarti permasalahan tersebut masuk dalam kategori VIP (Very Important Principle), masalah prinsip yang sangat penting.

Kehebatan Al-Qur'an

Kehebatan Al-Qur'an antara lain dapat dilihat dari dua sisi pendekatan:

Pertama: Pendekatan Historis

Telah dimaklumi bersama, bahwa bangsa Arab adalah bangsa yang paling fasih lisannya dan paling utama bahasanya. Mereka membanggakan-banggakan kelebihan tersebut terutama pada tiga kesempatan, yaitu: ketika kelahiran anak laki-laki, ketika mencari kuda-kuda pilihan, dan ketika lomba cipta syair antar suku. Anak laki-laki dijadikan unsur motivator, kuda digunakan untuk berperang, sedang syair sebagai ciri keutamaan lisan suatu suku.

Mereka kerap menyelenggarakan parade-parade dan kompetisi sastra. Media mereka adalah lisan. Mereka juga sering mengadakan festival-festival sastra tingkat tinggi, dengan mengangkat para juri yang bertugas menilai syair dan prosa hasil buah pikiran dan perenungan para sastrawan utusan masing-masing suku. Juri-juri ini dipilih dari para pakar yang menguasai parameter serta kaidah-kaidah bahasa dan sastra. Kemampuan tata bahasa dan kefasihan mereka sangat tinggi.

Setelah kehadiran Nabi Muhammad saw, yang datang dengan membawa kalam Ilahi, ternyata mereka tidak mampu menyainginya. Mereka semua seolah tenggelam dalam lautan keindahan 'sastra' yang belum pernah mereka kenal sebelumnya. Mereka semua terpana dalam kekaguman akan isi dan makna ucapan Muhammad saw yang mereka anggap luar biasa. Padahal isi pembicaraan beliau bukanlah sejenis pidato, pantun, syair, ataupun prosa. Yang jelas nampak dalam pembicaraan beliau adalah kalimat-kalimat lugas yang sarat dengan makna dan kebenaran.

"Katakanlah, "Jikalau Allah menghendaki, niscaya aku tidak membacakan-nya kepadamu, dan tidak pula memberitahukan kepadamu. Sesungguhnya aku telah tinggal bersamamu beberapa lama sebelumnya. Maka apa kalian tidak memikirkannya?" (QS. 10:16).

Demikianlah, mereka terpaku di hadapan keagungan Al-Qur'an seraya tertunduk malu. Lihatlah Abu Jahal, pemuka orang-orang kafir dan musyrik, ketika datang kepada Nadlir bin Hakim, seorang jaksa dan tokoh pembesar mereka, dan berkata: "Wahai Nadlir, engkau termasuk orang yang paling tahu tentang Muhammad, coba katakan apa yang menarik dari Al-Qur'an?". Nadlir menjawab, "Demi Allah, aku lebih tahu tentang syair serta seni bahasa dan sastra daripada kamu. Aku pun paham tentang sihir dan paranormal. Demi Allah, Al-Qur'an bukanlah jenis perkataan paranormal dan bukan pula jenis jampi-jampi tukang sihir. Sungguh, Al-Qur'an memiliki kemanisan dan keindahan yang menakjubkan. Bagian atasnya berbuah dan bagian bawahnya tumbuh lebat. Jelas kitab ini bukan buatan manusia.". Abu jahal balik meminta, "Coba upayakan agar Al-Qur'an ini dinilai sebagai sihir. Pikirkan dan otak-atiklah!". Akhirnya Nadlir pun menyatakan bahwa Al-Qur'an adalah sihir yang dapat dipelajari. Maka, turunlah ayat:

"Sesungguhnya dia telah memikir-mikirkan dan membuat ketetapan. Maka celakalah dia! Bagaimana dia bisa membuat ketetapan (seperti itu)?. Kemudian celakalah dia! Bagaimana dia bisa membuat ketetapan (seperti itu)?. Kemudian dia memikir-mikirkan, kemudian dia bermuka masam dan merengut, kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan takabur (menyombongkan diri), lalu dia berkata: "(Al-Qur'an) ini tidak lain hanyalah sihir yang dipelajari (dari orang-orang dahulu), ini tidak lain hanyalah perkataan manusia" (QS. 74:18-25).

Bila para ahli bahasa, ahli sastra, ahli balaghah saja lumpuh dihadapan Al-Qur'an, bagaimana dengan yang selain mereka?

Kedua: Pendekatan Ilmiah

Dalam pendekatan ilmiah, ada dua sudut tinjauan. Tinjauan etimonologi dan tinjauan terminologi. Bahasa dan istilah atau makna.

Dari sudut bahasa, para ahli mendapatkan bahwa di setiap ayat, kata, bahkan huruf Al-Qur'an terdapat suatu pengertian yang hebat, yang menampilkan sisi-sisi kemukjizatannya. Makna yang tinggi itu dibentuk sedemikian rupa, sehingga mempunyai jangkauan-jangkauan yang jauh, cakupan yang luas, normatif, sekaligus metodologis dan sistematis.

Diriwayatkan, suatu hari datang seorang laki-laki kepada seorang ulama yang nampak begitu gembira dan senang. Lelaki itu bertanya, "Mengapa anda kelihatan demikian gembira?". Ulama itu menjawab, "Aku baru saja membaca sebuah ayat Al-Qur'an. Dalam satu ayat tadi, aku mendapatkan dua kabar, dua perintah, dua larangan dan sekaligus dua anugerah". "Apa itu termaktub semua?", tanya lelaki itu. Sang ulama pun menjelaskan: "Inilah ayatnya:

"Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: "Susukanlah dia. Dan apabila kamu khawatir tehadapnya, maka jatuhkanlah ia ke dalam sungai. Janganlah kamu khawatir dan janganlah bersedih hati, karena sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan menjadikannya (salah seorang) dari para Rasul" (QS. 28:7).

Kata "Kami ilhamkan" dan "kamu khawatir" adalah dua kabar. Kata "Susukanlah dia" dan "jatuhkanlah dia" adalah dua perintah. Kata "Janganlah kamu khawatir" dan "janganlah kamu bersedih hati" adalah dua larangan. Kata "Kami akan mengembalikannya kepadamu" dan "menjadikannya (salah seorang) dari para Rasul" adalah dua pernyataan anugerah".

Juga dalam surah Ali 'Imran, 3:191, yang berisi tentang pribadi Ulul Albab. Ayat ini bukan hanya bersifat normatif karena kandungan doktrinnya, tetapi juga berisi spesifikasi dan karakteristik Ulul Albab, metododologi pencapaiannya secara sistematik, sekaligus implikasi dan pengaruh positif dari terbentuknya pribadi Ulul Albab.

Demikian pula dalam surah 16:125. Ayat ini bukan saja berisi tuntutan normatif tentang da'wah, tetapi sekaligus bermuatan tuntunan metodologis yang sangat sistematis dan ilmiah. Serta masih banyak ayat-ayat lain yang serupa.

Adapun dipandang dari sudut terminologis (makna ayat), kandungan Al-Qur'an dapat diikhtisarkan menjadi tiga dimensi sifat: Komprehensif, karena membahas berbagai disiplin ilmu pengetahuan, seni, dan terapi jiwa; Eternal dan Reformis; serta menjangkau dimensi-dimensi non-inderawi (gaib).

Pertama, Al-Qur'an bersifat komprehensif, membicarakan segala aspek. Seluruh materi kehidupan terhimpun dalam Al-Qur'an melalui perkataan Nabi Muhammad "al-Ummiy". Walaupun dia bukan seorang akademisi, bahkan tidak bisa baca tulis, namun dia mampu menjabarkan seluruh apa yang dibutuhkan manusia serta memecahkan berbagai problematika yang mereka hadapi. Problematika yang meliputi, hukum, undang-undang, sistem stratifikasi sosial kemasyarakatan, keluarga, serta masalah-masalah pribadi.

Misalnya, sistem hukum dapat dipecahkan melalui delapan kata: "Wa syaawirhum fil amri, faidzaa 'azamta fatawakkal 'alallah" ("Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam permasalahan, maka jika kalian telah ber'azam (bertekad, sepakat) bertawakkallah kepada Allah").

Dalam problema sosial ekonomi kemasyarakatan yang mengandung implikasi politik, cukup dipecahkan dengan empat belas kata. Tujuh kata dialamatkan kepada 'Haakim' (pemerintah): "Khudz min amwaalihim shadaqatan tuthahhiruhum wa tuzakkiihim bihaa" ("Ambillah dari harta-harta mereka sebagai shadaqah untuk membersihkan dan menyucikan mereka"). Dan tujuh kata lain dialamatkan kepada 'mahkuuminn' (rakyat): "Wa fii amwaalihim haqqun ma'luumun lis-saailiin wal-marhuum" ("Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang-orang miskin yang meminta dan orang-orang miskin yang tidak memperoleh bagian").

Dalam problem rumah tangga, dipecahkan melalui delapan kata: "Walahunna mitslul-ladzii 'alaihinna bil-ma'ruuf walir-rijaali 'alaihim darajah" ("Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf, akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya").

Jadi, untuk memecahkan problematika manusia, berupa hukum, undang-undang, masalah sosial, ekonomi, dan politik kemasyarakatan, serta kerumah-tanggaan, Al-Qur'an cukup hanya menggunakan tiga puluh kata saja.

Demikian pula problema keduniaan yang universal. Para ilmuwan, pengamat, pakar dan pemikir, telah menghabiskan umur untuk memecahkan problematika ini, namun tidaklah berhasil sebagaimana yang dicapai Al-Qur'an, yang telah membuka 'kran' ilmu pengetahuan bagi manusia hingga mengalir tak habis-habisnya. Al-Qur'an juga membuka kesempatan seluas-luasnya bagi manusia dalam mengembangkan dinamika keilmuannya.

Barangkali inilah pengertian kemukjizatan Al-Qur'an. Jika semua solusi qur'ani di atas diterapkan secara tepat, niscaya tidak akan muncul di permukaan bumi ini problema kemiskinan, kesenjangan sosial ekonomi yang lebar, situasi politik yang serba caos, disharmoni keluarga, dan kehancuran rumah tangga. Para hartawan dan pengusaha merasa aman dengan usahanya, para penerima shadaqah merasa tenang dengan keberlangsungan hidupnya, masyarakat umum merasa tenteram dalam harmonika kehidupan yang adil dan sejahtera.

Kedua: Al-Qur'an bersifat eternal dan reformis. Berjalan sesuai dengan tuntutan zaman. Tidak kontradiksi dengan perkembangan rasio dan keilmuwan. Allah mengetahui bahwa manusia selalu berkembang, dinamis dan progresif. Andaikan hukum-hukum alam serta teori-teori ilmiah disusun secara definitif dan terbatas, maka manusia akan kacau balau, bingung, dan akan ingkar serta mendustakan kebenaran agama.

Adalah suatu realitas yang tetap dalam tradisi kemanusiaan dalam hal produk berfikir. Bahwa kebenaran kemarin merupakan cerita bohong hari ini, dan kebenaran hari ini merupakan ketakhayulan hari esok. Rasio manusia senantiasa mencari-cari dan melayang. Karena ciri-ciri demikian, maka al-Qur'an datang dalam format elastis, berjalan seiring dengan derap kemajuan manusia. Semakin ilmu pengetahuan manusia bertambah, kian terbukti pula kemukjizatan dan kehebatan Al-Qur'an.

"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk serta pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka, bahwa sesungguhnya Al-Qur'an itu benar..." (QS. 41:53).

Demikian pula, setiap ditemukan kebenaran ilmiah, disitu sudah diisyaratkan dalam Al-Qur'an. Al-Qur'an tidak bertentangan dengan kebenaran ilmiah. Dan inilah sebagian rahasia dari berbagai rahasia Al-Qur'an.

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur'an? Kalau kiranya Al-Qur'an itu bukan dari Allah, tentu mereka akan mendapatkan di dalamnya banyak yang bertentangan" (QS. 4:82).

Ketiga: Al-Qur'an mampu menjangkau dimensi-dimensi non-inderawi. Misalnya, Al-Qur'an telah memprediksi kemenangan Romawi Timur yang berpusat di Konstantinopel, setelah beberapa saat sebelumnya mengalami kekalahan besar dari bangsa Persia. Ternyata prediksi Al-Qur'an itu benar-benar terbukti (QS. 30:2-3).

Uraian di atas mengantar kita yakin akan kemukjizatan dan kehebatan Al-Qur'an. Manusia, bahkan jin, secara jelas tidak akan pernah mampu membuat semisal Al-Qur'an. Mengapa kita masih enggan mempelajarinya?.

Al-Qur'an pedoman hidup

Setiap manusia menginginkan hidupnya selamat di dunia dan di akhirat. Oleh karenanya, ia membutuhkan pedoman yang akan menuntunnya dalam meniti jalan kehidupan ini. Al-Qur'an, sebagai the way of life for human ciptaan Allah swt, akan dapat menjadi pedoman, petunjuk, pembimbing, penjelas, dan berita gembira bagai setiap manusia apabila:

Pertama: Meyakini penuh, tanpa ada unsur ragu terhadap kebenaran Al-Qur'an. Tiada satu sistem pun di dunia ini yang dapat menyelamatkan manusia, kecuali sistem Qur'ani. Semua sistem yang ada -baik politik, ekonomi, maupun social- yang tidak merujuk pada Al-Qur'an telah terbukti gagal menyejahterakan umat manusia. Islam adalah agama yang lengkap, utuh dan integral. Kita mesti yakin Islamlah alternatif sistem yang paling tepat untuk menyelesaikan berbagai problema kehidupan dalam segala dimensinya.

Kedua: Menjadikan Al-Qur'an sebagai mitra, guru, dan 'surat cinta'. Tiada hari terlewatkan tanpa berkomunikasi dengan Kalam Allah, sebagaimana dilakukan para ulama shalafush-shalih. Hari-hari dalam kehidupan mereka tidak pernah lengang dari Al-Qur'an. Setiap bulan -minimal- mereka mengkhatamkan bacaan Al-Qur'an. Pada masa Kekhalifah Umar bin Abdul Aziz, beliau selalu menyelesaikan masalah-masalah kenegaraan dengan merujuk langsung pada Al-Qur'an. Beliau selalu membacanya meskipun hanya dua atau tiga ayat, kemudian berkomentar, "…mudah-mudahan aku tidak tergolong orang-orang yang meninggalkan Al-Qur'an".

Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa membaca satu ayat Al-Qur'an, baginya pahala sepuluh kebaikan dalam setiap huruf. Dan barangsiapa yang mendengarkan, baginya cahaya di hari Kiamat."

Para huffazh (penghafal Al-Qur'an) dianggap membuat suatu kesalahan bila dia lupa (tidak memperhatikannya). Oleh karena itu, kita harus memperbanyak membaca Al-Qur'an serta membiasakannya secara rutin dan berkesinambungan. Ini dalam rangka mengikuti jejak para sahabat, para ulama shalafush-shalih, sekaligus menaati perintah Allah dan Rasul-Nya untuk membaca dan memahami isi kandungannya.

Ketiga: Meperhatikan etika dan kaidah membaca dan men-tadabbur-i (memahami dan menghayati) Al-Qur'an. Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya Al-Qur'an diturunkan dalam keheningan. Maka menangislah dikala membacanya. Bila tidak bisa, maka berusahalah menangis-nangiskannya".

Hadits ini mengharuskan adanya usaha ke arah penghayatan Al-Qur'an dan menjaga tipu daya setan yang selalu berusaha memalingkan manusia dari kesukaan tadabbur Al-Qur'an. Meskipun baru sampai pada taraf oral, kita dituntut untuk terus membaca, sehingga Al-Qur'an benar-benar membekas dalam kalbu.

Suatu malam, ketika kebanyakan manusia tengah terlelap dalam tidurnya, khalifah Umar bin Khattab sedang melakukan hirasah (ronda), beliau mendengar seseorang tengah membaca Al-Qur'an dengan syahdu:

"Dengan menyebut Asma' Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Demi bukit. Demi Kitab yang tertulis, pada lembaran yang terbuka. Demi Baitul Ma'mur. Demi atap (langit) yang ditinggikan. Demi laut yang menggelora. Sungguh adzab Rabb-mu pasti dan nyata akan datang!"(QS. 52:1-7).

Ketika mendengar ayat ini dibaca, tiba-tiba beliau seperti menggigil dan berkata, "Sungguh, ini adalah sebuah persaksian (sumpah) yang benar. Demi Rabbnya Ka'bah……", setelah itu beliau terjatuh pingsan. Salah seorang sahabat yang sempat menyaksikan kejadian tersebut, segera mengangkat dan membawa masuk ke rumahnya. Tiga puluh hari beliau di sana karena sakit.

Menjadi kebiasaan Umar bin 'Abdul 'Aziz selesai shalat Isya' beliau mengambil air wudhu kemudian shalat dan membaca ayat :

"(Kepada malaikat diperintahkan): 'Kumpulkan orang-orang zhalim beserta teman sejawat mereka dan sesembahan yang selalu mereka sembah selain Allah; maka tunjukkanlah mereka jalan ke neraka. Dan tahanlah mereka, karena sesungguhnya mereka akan ditanya'." (QS. 37:22-24).

Beliau selalu mengulang ayat: "waqifuuhum innahum mas'uuluun" (Dan tahanlah mereka, karena sesungguhnya mereka akan ditanya). Demikian dilakukan sampai datang azan subuh. Wallahu a'lam bish-shawwab.

(H. Syamsul Balda, SE, MM, MBA, MSc.)

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis



1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Saturday, February 13, 2010

Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Kajian 25 Tahun Dr Fadhilah Kamsah

JANUARI

-bercita-cita tinggi dan orangnya serius,
-suka mendidik dan dididik,
-sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik,
-rajin dan setiap yg -dibuat nampak keuntungan, suka smart,
-kemas dan teratur bersifat sensitif ,
-berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain,
-pendiam kecuali telah dirangsang,
-agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi,
-mudah mendisiplinkan diri sendiri,
-badannya sihat tetapi mudah diserang selsema,
-bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya,
-cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah,
-setia pada segala-galanya,
-perlu belajar kemahiran sosial,
-cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI

-berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent,
-bijak dan genius,
-berpesonality yg mudah berubah,
-mudah menawan org lain,
-agak pendiam. Pemalu dan rendah diri,
-jujur dan setia pd segalanya,
-keras hati untuk mencapai matlamat,
-tidak suka dikongkong,
-mudah memberontak apabila dikongkong,
-suka kegiatan yg lasak,
-emosinya mudah terluka dan sgt sensitif,
-mudah mempamirkan marahnya,
-tidak suka benda yg remeh-temeh,
-suka berkawan tapi kurang mempamerkannya,
-sangat berani dan suka memberontak,
-bercita-cita tinggi
-suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya,
-pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan,
-suka benda yg bersifat seni,
-sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran,
-berkecenderungan pd benda yg tahyul,
-amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros,
-belajar untuk mempamirkan emosi


Friday, February 12, 2010

...RAHSIA TARIKH LAHIR...


Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?

Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.

RAHSIA TARIKH LAHIR akan memainkan peranan sebagai ‘Paksi’ untuk mengimbangkan kehidupan seseorang dalam mencapai kebenaran diri (self-actualization). Dengan menggunakan Metodologi ini anda boleh membantu diri anda untuk membongkar potensi yang tersembunyi serta memahami diri anda serta orang tersayang dengan lebih baik. Kami percaya TAKDIR seseorang tidak ditentukan. Berdasarkan Firman Allah swt yang menyeru supaya manusia mengubah nasib mereka sendiri, menguatkan lagi bahawa TAKDIR kita bukan telah ditentukan.

Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.”

KERJAYA - Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah kerjaya yang paling sesuai untuk anda.

PERNIAGAAN - Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Adakah anda dilahirkan untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya, daripada TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan).

KESIHATAN - Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.

PERHUBUNGAN - Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan. Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan. Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya penceraian di dalam sesebuah rumahtangga.

KEKAYAAN - Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir - Dr Fadhilah Kamsah.

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna.Insyaallah

Thursday, February 11, 2010

Sifat Wanita Melalui Unsur

~ WANITA TANAH ~

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).
*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

~WANITA API~

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
*Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

~ WANITA ANGIN ~

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

~ WANITA AIR ~

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Wednesday, February 10, 2010

Rahsia Melalui Tulisan Dr Fadzilah Kamsah



Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
. Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…so yang mana satukan bentuk tulisan anda...ayuh buktikan...

Tuesday, February 9, 2010

Jenis Darah dan Kaitan Dengan Personaliti Diri

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..

DARAH O

1) Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

2) Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

1) Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.


Sunday, February 7, 2010

Yang mana satukah personaliti diri anda?

1) Personaliti Periang

Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:

1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang  dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak

Identify Your Personality.....

Setiap manusia yang lahir ke dunia ini berbeza. Tidak pernah seorang manusia yang hidup dan berjalan di muka bumi ini sama seratus peratus dari semua segi dengan manusia lain. Ini kerana setiap manusia dilahirkan dengan ciri-ciri dan keunika tersendiri malah seorang pujangga Kahlil Gibran pernah mengatakan “Tidak pernah akan
ada manusia yang sama, kerana jika ada, maka bumi ini terlalu berat untuk menampung mereka”.

Keunikkan dan kepelbagaian manusia telah menjadikan dunia ini indah, makmur atau sebaliknya kerana setiap manusia berbeza dari segi gaya berfikir dan cara bertindak maka muncullah pelbagai ciptaan dalam kehidupan manusia. Pada diri seseorang itu juga ada ciri-ciri tersendiri yang begitu unik dan membezakannya dari orang lain.

Antaranya ialah personaliti seseorang yang melambangkan ciri keperibadian dirinya dengan orang lain. Justeru itu kita mampu mengenali sifat-sifat keperibadian seseorang itu dengan melihat personaliti mereka.

Personaliti memperihalkan individu itu secara khusus berhubung sifat-sifat yang ada pada dirinya seperti cara berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan pelbagai sifat lain yang boleh membezakan dirinya dengan orang lain.