Sunday, March 14, 2010

Doa Senjata Mukmin


Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina.


(Surah Al-Mukmin ayat:60)

Berdoa merupakan suatu ibadah, bahkan menjadi otaknya ibadah. Kenapa doa menjadi otaknya ibadah? Kerana, dengan berdoa jelas sekali memperlihatkan penghambaan manusia kepada Allah. Dengan berdoa kepada Allah, maka terwujudlah: Allah, tempat meminta, tempat memohon, sedang si hamba adalah makhluk yang hina dan selalu dalam kekurangan.

Kerana suatu ibadah, maka berdoa sangatlah dianjurkan (diperintahkan) oleh agama, walaupun doa tidak memerlukan suatu syarat dan rukun yang ketat, seperti halnya ibadah shalat, zakat, dan puasa.


Begitulah firman Allah kepada hambanya,tapi tahukah kita bahawa ada sepuluh sebab kenapa doa itu di tolak menurut ahli sufi antara sebab-sebabnya ialah;



1. Kamu mengaku mengenali Allah tetapi kamu tidak memenuhi hakNya .(Mengikut segala suruhan dan meninggalkan laranganya)

2. Kamu mengaku mencintai Rasulullah tetapi kamu tidak pernah mengikuti sunahnya.

3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkan isi kandungannya .

4. Kamu mengaku bahawa syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu patuh pdnya.

5. Kamu berdoa memohon dijauhkan api neraka tetapi kamu mendekatinya dgn selalu membuat maksiat

6. Kamu berdoa semoga dimasukkan dlm syurga tetapi kamu tidak berusaha utknya.

7. Kamu mengetahui bhw kematian itu pasti tetapi kamu tidak bersiap sedia
utknya .

8. Kamu selalu membuka keaiban saudara kamu but kamu tidak melihat keaiban diri kamu sendiri.

9. Kamu memkn segala rezeki dan nikmat Allah tetapi kamu tidak mahu mensyukurinya.

10. Kamu mengebumikan orang yg meninggal dunia tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.Lihatlah kawan-kawan sekalian mari kita renungkannya ,adakah kita tergolong di dlm golongan di atas,Jangan kita salahkan sesiapa sekiranya doa kita tidak dimakbulkan kerana ianya adalah berpunca dari diri kita sendiri yang leka ,lemah dan cuai dgn kelalaian yang kita cipta sendiri ,moga Allah merahmati hidup kita Amin…


Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu,
Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik
Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya...

1 comment: