Sunday, February 7, 2010

Identify Your Personality.....

Setiap manusia yang lahir ke dunia ini berbeza. Tidak pernah seorang manusia yang hidup dan berjalan di muka bumi ini sama seratus peratus dari semua segi dengan manusia lain. Ini kerana setiap manusia dilahirkan dengan ciri-ciri dan keunika tersendiri malah seorang pujangga Kahlil Gibran pernah mengatakan “Tidak pernah akan
ada manusia yang sama, kerana jika ada, maka bumi ini terlalu berat untuk menampung mereka”.

Keunikkan dan kepelbagaian manusia telah menjadikan dunia ini indah, makmur atau sebaliknya kerana setiap manusia berbeza dari segi gaya berfikir dan cara bertindak maka muncullah pelbagai ciptaan dalam kehidupan manusia. Pada diri seseorang itu juga ada ciri-ciri tersendiri yang begitu unik dan membezakannya dari orang lain.

Antaranya ialah personaliti seseorang yang melambangkan ciri keperibadian dirinya dengan orang lain. Justeru itu kita mampu mengenali sifat-sifat keperibadian seseorang itu dengan melihat personaliti mereka.

Personaliti memperihalkan individu itu secara khusus berhubung sifat-sifat yang ada pada dirinya seperti cara berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan pelbagai sifat lain yang boleh membezakan dirinya dengan orang lain.



Personaliti juga akan memperihalkan tentang sifat-sifat fizikal, emosi dan kognitif(fikiran) seseorang individu.Secara umumnya personaliti adalah ciri peribadi yangtersendiri seseorang individu yang membezakannya dengan orang lain. Namun tahukah anda bahawa personaliti seseorang itu boleh dikaji dan dianalisa serta dinilai? Menarik bukan? Perkembangan pesat bidang psikologi dan kajian tingkah laku manusia telah membolehkan personaliti seseorang itu dikaji, dianalisa dan dinilai untuk beberapa tujuan
tertentu.

2 perkara utama yang dikaji ialah:

i) sifat-sifat seseorang individu;

ii) perbezaan yang boleh dikenal pasti antara
seseorang individu dengan individu lain.

Kenapa personaliti perlu dikaji?

Sebab utama mengapa personaliti perlu dikaji adalah untuk memahami seseorang individu dengan lebih mendalam, iaitu untuk memperihal, memahami, meramal dan mempengaruhi tingkah lakunya. Antara ujian yang digunakan untuk mengkaji personaliti seseorang ialah HSPQ (High School Personality Questionnaire) yang mempunyai 142 soalan berkaitan personaliti seseorang dan kaunselor akan membantu meninterpretasikan personaliti seseorang hasil dari soal selidik tersebut. Hasil dari kaji selidik yang dijalankan kebanyakkan dari mereka mengesahkan hasil daripada interpretasi yang diberi oleh kaunselor berhubung
personaliti mereka adalah tepat.

Faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang:

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi persenaliti
seseorang namun kajian psikologi mendapati terdapat 3
faktor utama iaitu:

a) PERWARISAN: sesetengah ciri personaliti adalah diwarisi melalui genetik dan biologikal.

b) PENGALAMAN/PEMBELAJARAN: personaliti seseorang juga dipengaruhi oleh orang sekeliling seperti ibu bapa, keluarga,kawan-kawan dan orang lain.

c) BUDAYA: Faktor-faktor persekitaran seperti budaya, sosial, politik dan sebagainya juga boleh mempengaruhi personaliti individu. Jika anda berminat untuk menjalani ujian HSPQ dan mendalami tentang personaliti anda, sila berkunjung ke Unit Kaunseling IPB untuk maklumat lanjut dan anda pasti akan dapat memahami diri anda dan orang lain dengan lebih baik!!

Apa itu personaliti

Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi. Antara jenis personaliti tersebut ialah ....

1) Personaliti Periang
2) Personaliti Pendiam
3) Personaliti Perasa
4) Personaliti Peramah
5) Personaliti Pemikir
6) Personaliti sensitif

Yang mana satukah personaliti yang ada pada diri anda?..
Selamilah diri anda sedalam-dalamnye...
Renung-renungkanlah wahai sahabatku...

No comments:

Post a Comment