kebahagiaan adalah sebuah perjalanan bukan tujuan
adakah kebahagiaan boleh dikecapi tanpa duit?
sama-sama kita fikirkan..
duit yang banyak..
adakah ianya akan menjamin kebahagiaan?
Setiap manusia yang lahir ke dunia ini berbeza. Tidak pernah seorang manusia yang hidup dan berjalan di muka bumi ini sama seratus peratus dari semua segi dengan manusia lain. Ini kerana setiap manusia dilahirkan dengan ciri-ciri dan keunikan tersendiri malah seorang pujangga Kahlil Gibran pernah mengatakan “Tidak pernah akan ada manusia yang sama, kerana jika ada, maka bumi ini terlalu berat untuk menampung mereka”.